Saturday, January 17, 2009

Kepala Babi di Surau??

..Saya dapat email dari seorang kenalan pagi tadi, xtau apa nak cakap bile mula2 tengok gambar ni..Kepala Babi di atas bendera parti politik PAS dan jelas sekali di atas saf surau..(saya dimaklumkan berlaku di surau). Rase terhina jugak bila ada yang berani membuat kerja gile macam ni. Tapi pelik jugak kan?xda pun pemimpin2 melayu yang islam nak komen atau amik tindakan pasal benda ni yang terang-terang menghina agama dan kesucian masjid. Mungkin semua sedang sibuk dengan pilihanraya Kecil P0.36 Kuala Terengganu agaknyer..Pada pendapat peribadi saya mungkin ada niat politik sebab ada bendera PAS kat situ. Kalau diletak kepala kucing ker..kepala biawak ke..kepala ayam ke pun kita da rase panas inikan pulak kepala BABI @ KHINZIR..betul la kata Rasulullah, akhir zaman manusia akan hilang hormat pada Islam dan mungkin ini petanda jelas yang Islam dicabar secara terang terangan. Saya xpasti apa motif atau tujuan orang yang buat kerja ni tapi sebagai Melayu Islam, kita patut rasa marah dan menuntut agar siasatan dapat dilakukan untuk mengenalpasti siapa yang bertanggungjawab.


Hak tetap Hak dan Batil tetap Batil...

Read more...

JIKA KAU MENANGIS TENTANG GAZA

kau lihat rumah di gaza itu runtuh
Hati kau kecai berderai
Air mata kau meleleh panas
Kalehlah mata kau
Dan lihat rumah rumah di berembang di runtuhkan
Hati kau wajib berderai juga

Bila kau lihat rumah di hebron roboh
Kau lihat juga rumah di plentong roboh
Jika kau lihat rumah di jannin rutuh
Kau lihat juga rumah di chu badak runtuh

Panas air mata kauSepanas air mata seorang padri
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang rabbai
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang imam

Tangisan seorang ibu di gaza
Adalah tangisan seorang ibu di ulu yam
Tangisan seorang di tel viv
Adalah tangisan seorang ibu di jemapoh

Ibu yang anaknya hilang di padang pasir negev
Adalah ibu yang anaknya hilang di kamunting
Ibu yang suaminya hilang entah kemana
Adalah ibu yang anaknya di pukul di brickfield

Kau lihat tanah tanah itu di rampas
Kau perhatikan kondo kondo itu terdiri
Kau perhatikan di tapak rumah itu
Adalah sejarah turun temurun
Tapak rumah itu adalah cerita hidup mereka

Tanah itu di rampas di tebing barat
Tanah itu di rampas di plentong
Tanah itu di rampas di kerpan

Lihatlah tanah tanah palestin di rampas
Lihatlah tanah tanah dayak di rampas

Jika hati kau menngis untuk gaza
Hati kau juga menangis untuk balih dan kapit
Tahukah kau bila jentolak itu datang ke gaza
Jentolak itu juga datang ke simunjan

Jangan kau menangis seorang diri
Jangan kau terpencil keseorangan
Buka kan mata mu sayang
Buka kan luas
Hati kau adalah hati suci
Yang lebih tinggi dari seorang pelestin
Yang lebih tinggi dari seorang dayak
Yang lebih tinggi dari seorang melayu

Hati kau adalah hati seorang manusia

Hati kau adalah juga hati aku sayang

dipetik dari laman blog www.tukartiub.blogspot.com

Read more...

Sunday, January 11, 2009

Demonstrasi Aman Penyerahan Sejuta Tandatangan



Read more...

Hidup!Hidup!...Hidup Islam..!!







...Pada hari jumaat lepas selepas solat jumaat di Bangunan Tabung Haji Jln. Tun Razak telah diadakan satu demonstrasi aman mengutuk kekejaman Israel ke atas bumi Palestin. Kebetulan tabung haji memang menjadi tempat kami solat jumaat, so kesempatan yang ada ni dapatlah kami menyertai perarakan yang dianjurkan oleh JIM iaitu Jemaah Islam Malaysia dan beberapa NGO Islam yang lain. Ada juga beberapa pemimpin tertinggi dari parti PAS yang turut sama mendahului perarakan ke kedutaan Amerika di Jalan Ampang untuk menyerahkan memorendum bantahan. Perarakan sejauh lebih kurang 1.5km ini disertai lebih kurang 5ribu umat Islam yang terpanggil untuk menyatakan hasrat dan kekesalan mereka di atas apa yang berlaku di Semenanjung Gaza. Semoga usaha kita yang sedikit ini mampu memberi signal kepada ajen Yahudi Laknatullah dan sekutunya untuk menamatkan serangan. Pada saat artikel ini di tulis, jumlah rakyat Palestin yang terkorban mencecah 850 orang dan separuhnya daripadanya adalah orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak. Semoga Allah menurunkan bala kepada kaum Yahudi Laknatullah...

Read more...

Tuesday, January 6, 2009

Jahanam Israel


...Rase geram yang amat sangat pada apa yang berlaku di Semenanjung Gaza pada waktu ini. Dalam kesibukan kerja di pejabat, sempat juga saya melayari webpage berita tempatan pagi tadi dan betul2 tersentuh dengan gambar ni..melihatkan mayat kanak-kanak yang terbujur kaku benar menginsafkan saya, bayangkan perasaan lelaki tersebut melihat anak-anaknya mati di atas kekejaman Israel yang menggila. Saya pun ada anak mungkin sebaya dengan kanak-kanak ini, jelas nasib anak saya jauh lebih baik dari mereka. Lantas terfikir, apakah saya cukup kuat untuk menghadapinya jika terjadi pada diri sendiri? Sungguh lemah diri kita jika dibandingkan dengan saudara kita di Palaestin. Setiap saat mereka menyabung nyawa dan setiap saat jugak rase cinta pada Allah terus subur di hati. Yakin mereka pada janji Allah sama sekali tidak luntur..Bukankah itu jihad namanya?Semoga Allah memberkati bumi Palestin dan rakyatnya...Dengan Keamanan Allah

Read more...

Thursday, January 1, 2009

KL Tower..At Last..

...Last weekend before pergi Melaka, we all ntah macam mana dapat idea nak pegi KL Tower. Masa tu cuti Krismas, dengan my bro yang memang pakar dalam bab berjalan ni we all pun kuar la dari umah makcik di Keramat, memang xtau nak pergi mana, main keluar jer...sampai kat simpang Jalan Semarak baru nak kitorang decided nak g KL Tower. For me personally memang xpernah nak naik KL Tower tu sebenarnye, nama je duduk KL da lama. Other than that boleh jugak bawa naufal jalan2..dia pun da makin besar,suka explore benda baru..Ramai jugak kat sana, maklum la cuti..Ingat takda yang minat nak pergi situ,last2 penuh jugak. Tiket for adault RM38 per person. Package untuk observation deck, Animal Zone, F1 Game and Winter Park. Kalau ikutkan macam mahal je tapi da memang nak datang so redah jerrr..


Naufal with Opah Umi,Welcome to KL Tower


Senyum je Opah yer...


from left..My Dear Aju, Kak Ainul, Ayah and Mak
front..Nabilah Hannah and Nabil Hadif


58 second to the observation deck..consider fast..

Naufal dah mula boring..shian anak abah..

abah and ibu Naufal posing kat Winter Park,xdapat rase winter betul,huhu..

With Naufal and Nabilah at observation deck...

Mata naufal bulat kan abah?

Great view of Petronas Twin Tower

Abah dapat try F1 game, for Along sorry bro,you are overweight!!

Animal Zone,tak banyak animal dalam tu tapi for introduction to naufal,it was a good start



...turun je dari KL Tower dah lunch time, so mak suggest makan dekat Bilal Restaurant. Dulu masa Allahyarham Atuk masih ada, dia selalu makan dekat kedai ni, so mak cakap memang sedap. So we all lunch kat sana. Location memang kurang strategik la sebab tepi jalan dekat lebuh ampang dekat area bangunan Bank Bumi lama. Dulu tak la macam sekarang mak kata, ada space lagi now jalan da makin besar so dah jadi tepi jalan la. Sedap ke tak?memang pilihan yang tepat, nasi briyani dia memang sedap. Makan nasi je da rase lazatnye belum lagi tambah kari ayam dengan sayur, so masing-masing balas dendam la. Kiranya masuk dalam list la antara tempat makan yang best kat tengah-tengah KL ni.

...Ntah macamana masa dropkan aju dengan mak dekat area Jakel Jalan Masjid ternampak plak production team drama 'Rona Roni Makaroni' tengah shooting kat situ. Nampak la si Sharifah Amani and the gang. Tapi sebab tak layan sangat artis ni so xda la excited sangat. Cuma terfikir bukan senang diorang nak buat drama, behind camera nampak macam serabut jugak. Kalau Filem lagi pening kan?So abis la cuti Krismas kali ni..Then balik rumah and rest...

Read more...

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP