Wednesday, December 31, 2008

Last Day in 2008

...Kejap je masa berlalu, dah sampai hari terakhir 2008. This year banyak jugak la suka duka yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga. Tanggal 26 Jun 2008 lahirlah putera sulong saya dan aju yang diberi nama Muhamad Naufal. Alhamdulillah Naufal sekarang da 6 bulan, lihat pada perkembangan dia rasenya itulah nikmat yang tak terhingga buat kami suami isteri.


...Dari segi kerjaya pulak tahun 2008 saya dah mula mendapat peluang untuk 'offshore visit', satu pengalaman baru untuk saya lebih menghargai kerja yang dibuat sehari-hari di pejabat. Harap lepas ni dapat pegi lebih kerap lagi.
...Azam tahun 1429H dan 2008 untuk turunkan berat badan sebenarnya, nampaknya kena bawak ke tahun hadapan la..huhu..thanks to my lovely wife yang xputus asa melayan kerenah suami..tapi azam untuk perbaiki kualiti solat insyaallah akan dipertingkatkan dari hari ke hari. semoga Allah mempermudahkan segala perancangan.
...Impian kami untuk memiliki rumah sendiri jugak dimakbulkan Allah tahun ini. Rumah kami di Setia Alam insyaallah akan siap pertengahan 2010. Rumah tu tak la besar dan cantik sangat, tapi bagi kami da cukup besar setaraf dengan kemampuan kami sekeluarga. Tahun 2009 ni memang kena simpan duit banyak la nak masuk rumah baru,aju excited sangat sampaikan layout rumah dah siap dia bayangkan. Harap impian kami untuk rumah impian termakbul insyaalah.
...Ada banyak lagi suka duka yang berlaku pada tahun 2008 ni, apapun semoga tahun 1430H dan 2009 yang akan menyusul nanti dapat dilalui dengan penuh kesederhanaan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T, sesungguhnya segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah tiada tolok bandingnya dan kita sebagai hambanya patut merase kerdil dan sentiasa mengucapkan syukur. Semoga kita semua akan terus di bawah lindungan Allah..


...Fiiamanillah


Read more...

Melaka 2008

...Last week cuti Krismas and Maal Hijrah, so we all satu family ke Melaka untuk Cuti-Cuti Malaysia 2008. My cousin Ikmal and Iqram joint us because their parent and sister went to Makkah to perform Haji. Because that time was a holiday season, so my bro dapat jugak la satu appartment kat Melaka untuk we all stay 2 malam. Gerak dari KL hari sabtu pagi and balik KL isnin pagi. Ni ada beberapa pics untuk tatapan semua,kalau free bleh la tinggalkan komen ok..Banyak jugak tempat best yang kami pegi, xdapat nak cerita semua. Anyway Melaka is one of the 'World Heritage City', so pada yang xtau nak bawak family pergi mana boleh la pergi Melaka...


Read more...

Monday, December 29, 2008

SALAM MAAL HIJRAH 1430


Kepada Umat Muslim Sedunia..


SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH (AWAL MUHARRAM 1430H)


1 Muharram 1430H bersamaan

Maghrib 28 Dis(Ahad)/29 Dis 2008(Isnin)


Sebagaimana yang diketahui dalam kalendar Islam, kini umat Islam telahberada dipenghujung bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendarIslam. Bersama ini disertakan doa yang dianjurkan dan sunat dibaca pada hariterakhir bulan Zulhijjah iaitu pada hari AHAD (28 Dis 2008M/ 30 Zulhijjah1429H) bermula selepas solat Asar sehingga sebelum solat maghrib (Doa AkhirTahun). Selepas solat Maghrib (28 Dis 2008 bersamaan 1 Muharram 1430) umatislam akan menyambut tahun baru 1 Muharram 1430H dan disunatkan membaca doa awal tahun.




MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullahberhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahunMasihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada darisudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaituAllah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namundemikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah:91).Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat hariantanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Doa akhir tahun dibaca pada akhir waktu Asar atau sebelum masukwaktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.


Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dansia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allahbinasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkandosanya setahun.


"Peristiwa-peristiwa penting:

1. 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulandalam Hijrah.

2. 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadiperistiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigihdan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:


1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumiditenggelamkan selama enam bulan.

4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.

8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.

9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada d dalamnyaselama 40 hari 40 malam.

10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnyadari tentera Firaun.

11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.

12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

13. Hari pertama Allah menciptakan alam.

14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.

16. Allah menjadikan 'Arasy.

17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.

18. Allah menjadikan alam.

19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.

20. Nabi Isa diangkat ke langit.


Semoga tahun baru ini membawa keberkahan pada diri kita semua dan umatIslam sedunia.


Amin, FIIAMANILLAH!

Read more...

Friday, December 26, 2008

My Family My Life (Part 1)

....Muhamad Faizal Bin Jamaludin, umur baru je 27 tahun..dilahirkan pada 28hb Mei 1981 di Ampang Jaya Selangor.. mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Ampang (1) sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9 Jalan Bomba Tanjong Karang, Selangor. Habis UPSR dengan result yang boleh membanggakan mak ayah, terus je sambung peringkat menengah kat Sekolah Kebangsaan Dato' Harun dari form 1 ke form 3. Form 4 try apply sekolah teknik, sebab minat aliran teknikal so alhamdulillah dapat masuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur @ TIKL kat Cheras,KL. Kat situ banyak la pengalaman sebab first time jauh ngan family sebab masuk asrama. Kat TI amik jurusan Kej. Awam, ada la dapat inspirasi dari beberapa tokoh yang berjaya dalam keluarga, so niat memang nak jadi Civil Engineer.
....After dapat result SPM 1998 yang agak cemerlang try la apply local university, nak kata salah buat pilihan pun ada, xnak cite la sebab apa kan..so sambung la Diploma in Civil Engineering kat UTM KL Jalan Semarak. Abis 3 tahun rase mcm susah nak pergi jauh dengan hanya diploma dalam genggaman. Setelah peluang nak sambung degree di UK terhalang atas sebab birokrasi, so amik keputusan sambung Bachelor Engineering (Civil) di UTM Skudai Johor. 3 tahun di Johor banyak jugak pengalaman hidup yang dilalui, dapat bergaul dengan kawan-kawan dari seluruh negara, belajar berdikari dan membuat keputusan sendiri. Habis je di UTM tahun 2005, dah sampai ke alam pekerjaan dan kehidupan dewasa yang lebih mencabar.
....First job dapat offer join ACPI Berhad untuk projek Jamaraat Bridge di Mina, Arab Saudi. Projek di bawah Bin Ladin Group ni untuk naik taraf Bandaraya Mekah dan Mina. Syukur tak terkata dapat join projek ni, selain dapat pengalaman di tempat orang dapat jugak buat saham akhirat bila berada dalam Project Team untuk naik taraf tempat melontar untuk jemaah haji. Keseluruhan projek memang besar dan 2009 baru siap sepenuhnya. Tapi rezeki tak lama kat sana, 3 bulan lebih jer tapi yang penting dapat jugak buat umrah beberapa kali. Memang satu pengalaman yang terindah, insyaallah tak lama lagi nak bawak isteri ke sana. Oleh kerana problem yang tak dapat nak elak, so balik la Malaysia dan join Ranhill WorleyParsons Sdn. Bhd. Sebuah consultant untuk Oil & Gas di Malaysia dan mendapat projek locally from Petronas, Shell and Exxon Mobil. Selain itu company ni jugak dapat projek international mostly from Middle East. Dah hampir 3 tahun kat Structural Department, ada masa rase macam seronok sangat di company ni, tapi sometime rase macam nak je try tempat lain. Ok la, nanti dalam Part 2 kita cite pasal family dan macam-macam lagi...

Read more...

Wednesday, December 17, 2008

Selamat Datang Kepada Semua...

....Blog ini diwujudkan untuk saya berkongsi pengalaman,ilmu serta pendapat dengan semua yang berkesempatan ke laman blog ini..Semoga blog ini menjadi medium untuk mengeratkan silaturrahim serta menambah ilmu dunia dan akhirat...Pada pelawat semua silalah tinggalkan komen anda dan semoga blog ini menjadi pilihan anda untuk mendapatkan segala maklumat terkini..Semoga Ceria Selalu..:-)

Read more...

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP