Wednesday, December 31, 2008

Last Day in 2008

...Kejap je masa berlalu, dah sampai hari terakhir 2008. This year banyak jugak la suka duka yang berlaku dalam kehidupan kami sekeluarga. Tanggal 26 Jun 2008 lahirlah putera sulong saya dan aju yang diberi nama Muhamad Naufal. Alhamdulillah Naufal sekarang da 6 bulan, lihat pada perkembangan dia rasenya itulah nikmat yang tak terhingga buat kami suami isteri.


...Dari segi kerjaya pulak tahun 2008 saya dah mula mendapat peluang untuk 'offshore visit', satu pengalaman baru untuk saya lebih menghargai kerja yang dibuat sehari-hari di pejabat. Harap lepas ni dapat pegi lebih kerap lagi.
...Azam tahun 1429H dan 2008 untuk turunkan berat badan sebenarnya, nampaknya kena bawak ke tahun hadapan la..huhu..thanks to my lovely wife yang xputus asa melayan kerenah suami..tapi azam untuk perbaiki kualiti solat insyaallah akan dipertingkatkan dari hari ke hari. semoga Allah mempermudahkan segala perancangan.
...Impian kami untuk memiliki rumah sendiri jugak dimakbulkan Allah tahun ini. Rumah kami di Setia Alam insyaallah akan siap pertengahan 2010. Rumah tu tak la besar dan cantik sangat, tapi bagi kami da cukup besar setaraf dengan kemampuan kami sekeluarga. Tahun 2009 ni memang kena simpan duit banyak la nak masuk rumah baru,aju excited sangat sampaikan layout rumah dah siap dia bayangkan. Harap impian kami untuk rumah impian termakbul insyaalah.
...Ada banyak lagi suka duka yang berlaku pada tahun 2008 ni, apapun semoga tahun 1430H dan 2009 yang akan menyusul nanti dapat dilalui dengan penuh kesederhanaan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T, sesungguhnya segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah tiada tolok bandingnya dan kita sebagai hambanya patut merase kerdil dan sentiasa mengucapkan syukur. Semoga kita semua akan terus di bawah lindungan Allah..


...Fiiamanillah


0 comments:

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP