Friday, December 26, 2008

My Family My Life (Part 1)

....Muhamad Faizal Bin Jamaludin, umur baru je 27 tahun..dilahirkan pada 28hb Mei 1981 di Ampang Jaya Selangor.. mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Ampang (1) sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9 Jalan Bomba Tanjong Karang, Selangor. Habis UPSR dengan result yang boleh membanggakan mak ayah, terus je sambung peringkat menengah kat Sekolah Kebangsaan Dato' Harun dari form 1 ke form 3. Form 4 try apply sekolah teknik, sebab minat aliran teknikal so alhamdulillah dapat masuk Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur @ TIKL kat Cheras,KL. Kat situ banyak la pengalaman sebab first time jauh ngan family sebab masuk asrama. Kat TI amik jurusan Kej. Awam, ada la dapat inspirasi dari beberapa tokoh yang berjaya dalam keluarga, so niat memang nak jadi Civil Engineer.
....After dapat result SPM 1998 yang agak cemerlang try la apply local university, nak kata salah buat pilihan pun ada, xnak cite la sebab apa kan..so sambung la Diploma in Civil Engineering kat UTM KL Jalan Semarak. Abis 3 tahun rase mcm susah nak pergi jauh dengan hanya diploma dalam genggaman. Setelah peluang nak sambung degree di UK terhalang atas sebab birokrasi, so amik keputusan sambung Bachelor Engineering (Civil) di UTM Skudai Johor. 3 tahun di Johor banyak jugak pengalaman hidup yang dilalui, dapat bergaul dengan kawan-kawan dari seluruh negara, belajar berdikari dan membuat keputusan sendiri. Habis je di UTM tahun 2005, dah sampai ke alam pekerjaan dan kehidupan dewasa yang lebih mencabar.
....First job dapat offer join ACPI Berhad untuk projek Jamaraat Bridge di Mina, Arab Saudi. Projek di bawah Bin Ladin Group ni untuk naik taraf Bandaraya Mekah dan Mina. Syukur tak terkata dapat join projek ni, selain dapat pengalaman di tempat orang dapat jugak buat saham akhirat bila berada dalam Project Team untuk naik taraf tempat melontar untuk jemaah haji. Keseluruhan projek memang besar dan 2009 baru siap sepenuhnya. Tapi rezeki tak lama kat sana, 3 bulan lebih jer tapi yang penting dapat jugak buat umrah beberapa kali. Memang satu pengalaman yang terindah, insyaallah tak lama lagi nak bawak isteri ke sana. Oleh kerana problem yang tak dapat nak elak, so balik la Malaysia dan join Ranhill WorleyParsons Sdn. Bhd. Sebuah consultant untuk Oil & Gas di Malaysia dan mendapat projek locally from Petronas, Shell and Exxon Mobil. Selain itu company ni jugak dapat projek international mostly from Middle East. Dah hampir 3 tahun kat Structural Department, ada masa rase macam seronok sangat di company ni, tapi sometime rase macam nak je try tempat lain. Ok la, nanti dalam Part 2 kita cite pasal family dan macam-macam lagi...

0 comments:

  © Blogger template Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP