Saturday, March 28, 2009
busy busy busy
Read more...
Friday, March 13, 2009
Isu Hasil Gas di Kelantan
...Terlebih dahulu diingatkan bahawa huraian di bawah bukanlah penulisan original dari saya. Ianya diambil dari laman web yang kesahihannya boleh dipercayai. Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa blog ini bukanlah blog politik dan tujuan saya memaparkan rencana ini adalah untuk perkongsian ilmu bersama para pengunjung blog ini. isu gas di Kelantan bukan satu isu baru dan hikmah di sebalik apa yang terjadi yang Allah yang menentukan..
...Di perairan Kelantan terdapat simpanan GAS ASLI sebanyak 13 trillion kaki persegi yang sudah sedia untuk diterokai. (13,000,000,000,000).
Ia cukup untuk 7 generasi rakyat Kelantan. (lebih kurang 500 tahun lamanya).
Ianya terletak di Blok-Blok berikut,
- Blok A18 (Blok gas yang saya telah lawati sendiri)
- Blok B17 & C19
- PM3
- Sub-Blok Ular
- PM301 & PM302
- PM303
- PM311 & 312
....Rakyat Kelantan menerusi kerajaan pimpinan Tuan Guru menuntuk hak Pendaratan GAS ASLI itu di buat di pantai Kelantan dan menuntut royalti GAS ASLI yang menjadi hasil bumi rakyat Kelantan di bayar kepada Rakyat Kelantan.
APA YANG BARISAN NASIONAL SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN?
...Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS. Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.
Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.
Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.
Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.
....Dalam usaha mempertahankan hak rakyat Kelantan dan memperkasakan hasil bumi Kelantan untuk rakyat Kelantan, Kerajaan Kelantan pimpinan PAS telah meluluskan pembinaan Terminal Pendaratan Gas Asli dan juga Supply Base untuk Petroleum.
Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.
....Menerusi hasil terbaharu ini, PAS Kelantan sudah berjanji untuk memberi subsidi gas memasak sebanyak RM3.00 se tong bagi rakyat Kelantan.PAS Kelantan juga akan menggunakan hasil pendapatan baru itu untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf hidup rakyat Kelantan serta membasmi kemiskinan.
PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN
-Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010
-Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.
-Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012
-Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008
...Sebab itulah BN berusaha sangat merampas semula Kelantan kerana tidak mahu royalti GAS ASLI ini digunakan oleh Kerajaan PAS membangunkan Kelantan sehingga mengakibatkan Kelantan semakin pesat membangun dan membuat mustahil bagi BN untuk merampas Kelantan semula.
BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN
...Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000,000 (RM1 Billion).
Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi.
ROYALTI GAS ASLI HAK RAKYAT KELANTAN
...PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini. Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu. Terengganu menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk projek seperti Monsoon Cup dan Pembinaan Taman Islam Hadhari yang tidak mendatangkan hasil terus kepada rakyat Terengganu. Jika BN memerintah, rakyat akan terus hidup dibelenggu kemiskinan dan ekonomi negeri akan semakin teruk seperti di Terengganu.
Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan. Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.
Allah Maha Mengetahui...
Offshore & Onshore Kota Bharu
...Kota Bharu 9-13 Februari 2009, ini adalah sambungan kepada post saya pada bulan Februari lepas. Jadual seharian yang amat padat tidak mengizinkan saya untukmenyertakan beberapa keping gambar sepanjang 'offshore trip' ke Platform BMA (Bumi) milik Carigali Hess di sempadan Malaysia Thailand. Ulasan gambar ada disertakan bersama untuk makluman semua.

Tuesday, March 10, 2009
Maulidur Rasul
Salam to All...
...Semalam seluruh umat Islam meraikan 12 Rabi'ul Awal sempena kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad saw.Richard Hart dalam bukunya "The 100 most influential person in the history of the world" menyatakan tanpa keraguan bahawa manusia yang paling utama dan menduduki tempat pertama dalam carta itu adalah Nabi Muhammad. Walaupun seorang Kristian, namun kata Richard Hart, Nabi Muhammad adalah seorang manusia yang sempurna. Daripada seorang bapa, suami, rakan, jiran, tentera, panglima, hakim, pemerintah, presiden dan lain-lain, Nabi Muhammad adalah sempurna dari semua aspek.
...Namun begitu, suka saya memperingatkan diri saya dan sdr/i semua bahawa tarikh 12 Rabi'ul Awal bukan sahaja kelahiran Rasulullah, malah beberapa peristiwa besar lain juga berlaku pada tarikh itu.Antaranya, 12 Rabi'ul Awal 11H hari Isnin adalah tarikh kewafatan Nabi.Begitu juga Rasulullah tiba ke Yathrib dalam peristiwa Hijrah, ianya berlaku pada hari Jumaat 12 Rabi'ul Awal. Namun kalau ditanya kebanyakan orang Melayu mereka akan menjawab Nabi berhijrah pada 1 Muharram kerana amalan kita menyambut ma'al hijrah pada tarikh tersebut. Begitulah kelabunya kita dengan sejarah kita sendiri.Sebelum berhijrah, Rasulullah telah mendirikan solat Jumaat di sebuah tempat tidak jauh daripada Masjid Quba. Tempat itu sekarang didirikan sebuah masjid dinamakan Masjid Jumaat.Itu adalah solat jumaat pertama yang didirikan oleh Rasulullah. Dan pada hari itu juga Rasulullah menyampaikan khutbah..itu adalah khutbah yang pertama disampaikan dalam sejarah Islam.
...Jadi kita dapat melihat bahawa 12 Rabi'ul Awal mengandungi banyak peristiwa besar dalam sirah Nabawi. Agak malang apabila kita dibesarkan hanya untuk mengingatinya sebagai hari kelahiran Nabi..sedangkan banyak lagi peristiwa yang penting yang boleh kita ingati untuk iktibar, pengajaran dan panduan kita.Sebagai contoh, kita selalu memperingati tarikh lahir Rasulullah pada tarikh 12 Rabi'ul Awal iaitu tarikh yang menurut taqwim atau kalendar Islam. Entah berapa belas, mungkin juga berpuluh tahun kita memperingati tarikh lahir Nabi ini menurut kalendar Islam.Namun kita renung dan bertanya adakah kita sendiri mengetahui tarikh lahir kita menurut kalendar Islam. Adakah kita mengetahui tarikh lahir anak isteri menurut kalendar Islam.Boleh dikatakan ramai yang tidak mengetahuinya. Sebaliknya kita lebih mengamalkan kalendar Kristian, ataupun dikenali sebagai taqwim masihi. Walaupun nampak saperti isu kecil, kita perlu ingat menghayati amalan Islam akan menyuntik roh Islam kedalam jiwa kita.Sebagai contoh, ramai diantara kita jika ditanya berapa umur Rasulullah semasa wafat, kita akan jawab 63 tahun. Tetapi pernah kita bertanya 63 tahun apa? Nabi lahir tahu 571M dan wafat pada 632M. Jika dikira, ianya berjumlah 61 tahun. Mengapa kita katakan 63 tahun. Kerana Islam mengukurnya menurut taqwim hijrah. Beza kita dengan kalendar masihi ialah 11 hari tiap tahun, maka tiap 30 tahun kita tambah setahun hijrah. Nabi sudah mencapai 61tahun masihi. Maka kita tambah 2 tahun maka jadilah ia 63 tahun hijrah.
...Pada saya perkiraan ini sangat penting kerana kadangkala kalau kita tersalah kira berat padahnya. Contohnya zakat. Rukun zakat ada dua iaitu cukup hisab & cukup haul. Cukup nisab maknanya cukup jumlahnya. Makna kalau menurut anggaran pasaran emas sekarang, nisab adalah lebihkurang RM3500-RM4000. Soalnya sekarang cukup haul. Apakah yang dikatakan cukup haul? Jawapannya setahun, soalannya setahun apa?Kebanyakan kita akan mengira zakat menurut kalendar masihi iaitu dari 1 Jan ke 31 Dis. Cukup setahun kita keluarkan zakat. Sedangkan yang dikatakan haul itu adalah cukup setahun hijrah. Kalau selama ini kita menggunakan kalendar kristian dalam perkiraan haul, maka tiap tahun kita akan short 11 hari. Kalau 30tahun maknanya kita kurang setahun. Cuba bayangkan kita tidak membayar zakat selama setahun. Sedangkan zakat itu rukun Islam. Setahun kita tidak membayar zakat bermakna setahun kita tidak mendirikan rukun, saperti setahun kita tidak solat!Saidina Abu Bakr ra mengisytiharkan mereka yang tidak membayar zakat sebagai murtad lalu diperangi dan dibunuhnya!Sebab itulah sdr/i, dalam memperingati 12 Rabi'ul Awal, renungkanlah kembali betapa jauhnya kita daripada amalan Islam. Sekurang-kurangnya untuk tahun ini, mari kita peringati tarikh lahir kita dan anak isteri kita menurut Islam. Sdr/i boleh peri ke laman web www.islamicfinder.com untuk mengira tarikh kelahiran sdr/i menurut Islam. It's just a cllick away.Jadi sempena 12 Rabi'ul Awal saya doakan moga ALLAH memberikan petunjuk & hidayah kepada kita untuk kembali kepada keimanan yang sebenarnya...
...Kebetulan pada tarikh sambutan ini saya berada di Wilayah Persekutuan Labuan bercuti bersama keluarga dan berkesempatan menyertai sambutan dan perarakan Maulidur Rasul di sana. Saya akan upload gambar pada post yang akan datang..
Fiamanillah..
Wednesday, March 4, 2009
Bahasa Jiwa Bangsa
..Saya ingin memohon maaf sekiranya bahasa yang digunakan terlalu rojak dan tidak konsisten. Saya ingin menjadikan blog ini lebih santai dan tidak terlalu rigid kepada sesuatu gaya bahasa. Saya tidak berniat untuk merosakkan bahasa tetapi sekadar ingin menyampaikan idea, cerita dan komen dengan gaya bahasa yang lebih dekat dengan pengunjung blog ini. Sebarang komen dan cadangan boleh diajukan kepada saya melalui email ini.. faizal.jamaludin@yahoo.com
Read more...